Kampung Seri Tiram Jaya yang dikenali pada hari ini adalah berasal dari nama Kampung Tiram Buruk yang telah dibuka pada tahun 1932. Kampung Tiram Buruk sebenarnya terbahagi kepada tiga bahagian iaitu:
1. Kampung Tiram Buruk (Kg Seri Tiram Jaya sekarang)
2. Kampung Baru Tiram Buruk
3. Kampung Ulu Tiram Buruk
Kawasan kampung ini agak luas. Bagaimanapun kampung yang ramai penduduknya pada masa itu ialah Kampung Seri Tiram Jaya yang mana keebanyakan penduduknya terdiri daripada bangsa Melayu. Manakala di bahagian Kampung Baru Tiram Buruk pula ramai di kalangan penduduknya terdiri daripada kaum Cina atau lebih dikenali oleh penduduk kampung sebagai "kem".
Kampung Seri Tiram Jaya mendapat nama sekitar 1925 di mana ulu kampung ini iaitu di Jalan Raja Musa sekarang terdapat sebuah sungai yang mengandungi banyak tiram yang sudah mati. Ianya terletak kira-kira 7 kilometer dari Kuala Selangor (terdapat lagenda Keramat Anak Dara). Kampung ini dibuka oleh orang Melayu ketika itu tetapi terbengkalai di pertengahan jalan menyebabkan ramai orang-orang Jawa datang bekerja di sana dan berjaya membuka tanah di kawsan tersebut.
Oleh kerana kawasan ini terlalu jauh di kawasan pendalaman, ramai penduduk di sana menjual tanah mereka kepada kaum Cina. Orang-orang Jawa kemudiannya telah membuka tanah baru yang dijadikan sawah padi iaitu di kawasan block U dan X sekarang. Kawasan ini telah dibuka sekitar tahun 1932. Dalam tahun yang sama kawasan kampung bersebelahan sawah padi telah dibuka. Sidang Haji Hussin telah mengetuai pembukaan tanah tersebut dan berhenti sekitar tahun 1935.
Pada tahun 1938, orang-orang Batak telah datang untuk mengambil upah mengerjakan sawah-sawah baru di Block E dan F. Usaha bersawah ini diteruskan oleh orang-orang Jawa sehingga kini.
Tahun 1940 zaman pemerintahan Jepun zaman memeritkan di kebanyakan rumah penduduk dibakar dan dibom kerana mereka beranggapan Tiram Buruk adalah kawasan komunis. Penduduk dihalau, diarak ke Raja Musa tetapi dibenarkan balik semula setelah maklumat yang diterima mereka adalah salah.
Tahun 1946 merupakan zaman pembesaran kampung kerana bilangan penduduk semakin bertambah. Setiap penduduk diberi sebidang tanah kampung dan tanah sebidang tanah sawah. Oleh kerana itu geran tanah mereka masih lagi bercantum sehingga ke hari ini.
Kawasan Kampung Seri Tiram Jaya, iaitu tempat dimana saya dan keluarga tinggal kini terdapat pelbagai kebun kelapa sawit, rumah-rumah dan juga sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Seri Tiram, Sekolah Rendah Agama Seri Tiram dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tiram Jaya.
Smart semacam ja Blog ni...pkai 'Cabel' nmpak.. hehe
ReplyDelete