Tuesday, 4 August 2015

Sejarah Awal Kampung Seri Tiram Jaya, Tanjung Karang, Selangor.

Kampung Seri Tiram Jaya yang dikenali pada hari ini adalah berasal dari nama Kampung Tiram Buruk yang telah dibuka pada tahun 1932. Kampung Tiram Buruk sebenarnya terbahagi kepada tiga bahagian iaitu:

           1. Kampung Tiram Buruk  (Kg Seri Tiram Jaya sekarang) 
           2. Kampung Baru Tiram Buruk 
           3. Kampung Ulu Tiram Buruk


Kawasan kampung ini agak luas. Bagaimanapun kampung yang ramai penduduknya pada masa itu ialah Kampung Seri Tiram Jaya yang mana keebanyakan penduduknya terdiri daripada bangsa Melayu. Manakala di bahagian Kampung Baru Tiram Buruk pula ramai di kalangan penduduknya terdiri daripada kaum Cina atau lebih dikenali oleh penduduk kampung sebagai "kem".

Kampung Seri Tiram Jaya mendapat nama sekitar 1925 di mana ulu kampung ini iaitu di Jalan Raja Musa sekarang terdapat sebuah sungai yang mengandungi banyak tiram yang sudah mati. Ianya terletak kira-kira 7 kilometer dari Kuala Selangor (terdapat lagenda Keramat Anak Dara). Kampung ini dibuka oleh orang Melayu ketika itu tetapi terbengkalai di pertengahan jalan menyebabkan ramai orang-orang Jawa datang bekerja di sana dan berjaya membuka tanah di kawsan tersebut.

Oleh kerana kawasan ini terlalu jauh di kawasan pendalaman, ramai penduduk di sana menjual tanah mereka kepada kaum Cina. Orang-orang Jawa kemudiannya telah membuka tanah baru yang dijadikan sawah padi iaitu di kawasan block U dan X sekarang.  Kawasan ini telah dibuka sekitar tahun 1932. Dalam tahun yang sama kawasan kampung bersebelahan sawah padi telah dibuka. Sidang Haji Hussin telah mengetuai pembukaan tanah tersebut dan berhenti sekitar tahun 1935. 

Pada tahun 1938, orang-orang Batak telah datang untuk mengambil upah mengerjakan sawah-sawah baru di Block E dan F. Usaha bersawah ini diteruskan oleh orang-orang Jawa sehingga kini.


Tahun 1940 zaman pemerintahan Jepun zaman memeritkan di kebanyakan rumah penduduk dibakar dan dibom kerana mereka beranggapan Tiram Buruk adalah kawasan komunis. Penduduk dihalau, diarak ke Raja Musa tetapi dibenarkan balik semula setelah maklumat yang diterima mereka adalah salah.

Tahun 1946  merupakan zaman pembesaran kampung kerana bilangan penduduk semakin bertambah. Setiap penduduk diberi sebidang tanah kampung dan tanah sebidang tanah sawah. Oleh kerana itu geran tanah mereka masih lagi bercantum sehingga ke hari ini.

Kawasan Kampung Seri Tiram Jaya, iaitu tempat dimana saya dan keluarga tinggal kini terdapat pelbagai kebun kelapa sawit, rumah-rumah dan juga sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Seri Tiram, Sekolah Rendah Agama Seri Tiram dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tiram Jaya.


SELANGOR dan SARAWAK?

Assalamualaikum..

Tajuk tak jelas kan? Ha memang tak jelas sebab baru nak jelas kan sekarang ni. Haha. Sebenarnya nak cerita pengalaman belajar jauh sangat sampai nak kena naik belon jauh-jauh. First time ke jauh dengan family ni? Sebenar nya kali kedua. Ha yelah kedua. Sebab first time masa belajar dekat Institut Pertanian Ayer Hitam, Johor. Yang tu pun rasa dah jauh sangat dengan family sebab kalau boleh tiap-tiap minggu nak balik jumpa ibu, ayah, kakak and adik. 

Bila dah kat Sarawak ni lagi lah rasa nak balik selalu, tambah-tambah pula dah ada sorang anak saudara yang pertama. Yela, adik beradik kan sikit jadinya bila dapat anak saudara tu jadi macam "tamak haloba" sikit. Tapi disebabkan "terlalu jauh" so terpaksa lah tahan rindu, tahan diri. Kalau rindu pun tengok gambar. Eh, tapi sekarang kan boleh Facetime, Video Call dan seumpama. Jadi boleh lah nampak ibu tengah masak, ayah tengah tanam pokok cili, kakak tengah kemas rumah, adik tengah main game, anak buah tengah sibuk layan 'cik akid' dekat phone. 

Apa yang saya rasa? Rasa nak menangis. Sedih? Confirm sebab bila baru je sampai hostel daripada cuti yang panjang, dah rasa macam nak suruh private jet jemput dari Sarawak bawak balik Tanjung Karang balik. Tapi bila fikir harapan ibu ayah nak tengok saya berjaya habiskan belajar, dapatkan kerja yang bagus-bagus, jadinya saya kena kuat kan semangat. Ibu ayah selalu pesan, selalu bagi nasihat, support dari jauh, doakan anak bujang dia ni, tu yang berkobar-kobar nak habiskan diploma dengan jayanya.

Pejam celik, setahun setengah dah duduk dekat Bintulu ni. Seronok, sebab dapat rasa macam mana hidup orang kat Sarawak ni. Walaupun ibu ayah family jauh, at least ada kawan-kawan yang sentiasa teman pergi breakfast, lunch, dinner, supper so on. Adat berkawan, "susah senang sama-sama", so kalau nak gemok kan diri yang jauh dengan family ni pun kena la sama-sama. HAHA

Dah la kot kan? nanti cerita lagi. Assalamualaikum...


Thursday, 30 July 2015

MAKANAN JAWA PALING OHSEMM!!!!

Malas nak cerita panjang. Meh nak tunjuk makanan-makanan jawa yang paling ohsem dekat Selangor! Rugi pada sesiapa yang datang Selangor (especially area Tanjung Karang la kann) tak pekena makanan jawa (pecal, lemper, nasi ambeng dll)

Okay first of all, nak kenalkan dulu makanan yang paling famous among orang-orang jawa ni. Mestilah pecal. Takpun dekat Indon biasanya panggil "pecel lele". Eh? lain ke pecel lele dengan pecel? Entah lah Labu! Tapi yang pasti, pecal kat Selangor ni pecal sayur sayuran beserta nasi impit, kuah pecal yang memang khas untuk pecal dan juga kuah lodeh. Semua sayur boleh letak dalam pecal ke? Boleh je nak letak, Tapi jadi pelik lah sebab pecal yang biasa kami makan cuma letak sayur taugeh, pucuk ubi, kacang panjang, timun dan tambah sengkuang(kalau minat).

So, ni lah dia pecal

Next? Lemper. Ye, lemper. Tak sure perkataan lemper ni berasal daripada perkataan jawa atau melayu. Lemper ni susah sikit nak dapat. Biasanya kita akan jumpa time kenduri kahwin sebab lemper ni agak leceh cara nak buat dia so kalau time kenduri kahwin tu kan ramai orang rewang ataupun dalam erti kata lain ialah gotong-royong, jadi dapatlah siapkan lemper ni bersama-sama. Lemper tu macam mana? Okay, Lemper tu orang lain kata sushi melayu sebab ia merupakan pulut yang berinti. Tak kira lah inti apa pun tapi biasa nya mereka guna inti yang macam serunding.


 Yang sebelah kiri tu lah lemper yang ala-ala sushi yang masih belum dibalut dan yang sebelah kanan tu lemper yang dah siap dibalut. Tapi belum boleh makan sebab kita kena masak dia dulu.

Seterusnya, favourite orang ramai; Nasi Ambeng.

So tadaaaa! Ni lah nasi ambeng. Memang sedap sampai menjilat jari. Nasi Ambeng memang besar ke? Ye nak, Nasi Ambeng memang sebesar dulang. Besar kan? Tapi besar gitu bukan untuk makan sorang nak oi. Nasi Ambeng ni selalu mereka buat time kenduri (kenduri arwah, kenduri kesyukuran, dll). Biasanya mereka yang datang kenduri ni akan bahagikan nasi dan lauk ni kepada 5 atau 6 orang. Apa yang ada? Menarik kan lauk-lauk dia? Okay, dalam tu ada ayam seekor (goreng atau pun di masak kicap atau masak merah, ikut citarasa orang yang buat), sambal goreng, sayur campur, mee goreng dan juga serunding.

Itu je lah untuk harini. Kalau datang Selangor, kena cuba semua ni okay?